Catatan

KEPENTINGAN BERSATU PADU

Imej
HIDUP BERSATU PADU DALAM KALANGAN PELBAGAI KAUM. Malaysia ialah negara yang unik kerana warganya terdiri daripada pelbagai bangsa dan suku kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Walaupun setiap bangsa dan suku kaum ini mengamalkan agama, adat-resam dan cara hidup yang berbeza, namun mereka dapat hidup dengan semangat perpaduan yang tinggi.  Secara definisi, perpaduan bermaksud satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dalam sesebuah negara misalnya melalui ideologi, identiti atau nilai yang sama. Kita semua sedia maklum banawa rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan banyak lagi. Kepelbagaian ini dahulunya terjadi selepas penjajahan British. Yang membawa masuk rakyat daripada negara luar ke Tanah Melayu dan melaksanakan dasar Pecah Perintah yang mengasingkan kaum-kaum . Antara kepentingan perpaduan dalam membentuk sesebuah negara yang maju termasuklah mampu meningkatkan ekonomi di sesebuah negara. Dengan wujudnya masyarak...