KEPENTINGAN BERSATU PADU
HIDUP BERSATU PADU DALAM KALANGAN PELBAGAI KAUM.
Malaysia ialah negara yang unik kerana warganya terdiri daripada pelbagai
bangsa dan suku kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Walaupun setiap
bangsa dan suku kaum ini mengamalkan agama, adat-resam dan cara hidup
yang berbeza, namun mereka dapat hidup dengan semangat perpaduan
yang tinggi.
Secara definisi, perpaduan bermaksud satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dalam sesebuah negara misalnya melalui ideologi, identiti atau nilai yang sama.
Kita semua sedia maklum banawa rakyat
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan banyak lagi. Kepelbagaian ini dahulunya terjadi selepas penjajahan British. Yang membawa masuk rakyat daripada negara luar ke Tanah Melayu dan melaksanakan dasar Pecah Perintah yang mengasingkan kaum-kaum
.
Antara kepentingan perpaduan dalam
membentuk sesebuah negara yang maju
termasuklah mampu meningkatkan ekonomi
di sesebuah negara. Dengan wujudnya
masyarakat yang aman dan harmoni,
mampu menarik pelabur asing untuk
melabur dan menjalankan aktiviti
perdagangan di sesebuah negara.
Kemasukan pelabur asing mempengaruhi
kadar pertukaran wang asing yang
membantu kepesatan ekonomi di sesebuah
negara. Sejak kebelakangan ini, Malaysia
mengalami ketegangan politik yang
menyebabkan pelabur asing menarik semula
pelaburan mereka di Malaysia kerana risau
akan berlakunya sesuatu di luar jangkaan
pelabur asing dan seterusnya menyebabkan
kerugian kepada mereka. Namun kini, dek
keharmonian yang diwujudkan
menyebabkan pelabur asing tertarik semula
untuk menyertai pelaburan di negara
Malaysia. Hal ini mampu mengelakkan
berlakunya peningkatan kadar pengangguran
serta kehilangan pelaburan yang bernilai
berbilion ringgit dan kesan pengganda dari
segi penciptaan peluang pekerjaan dan
pembinaan infrastuktur
Seterusnya, perpaduan juga dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni.
Kewujudan masyarakat yang harmoni mampu mewujudkan perpaduan yang kuat dan kukuh dalam sesebuah negara.
Kestabilan politik di sesebuah negara juga dipengaruhi oleh masyarakat yang harmoni, apabila semua pemimpin akan bersatu padu tidak mengira kaum, bangsa dan warna kulit dalam memacu kepimpinan negara. Sebagai contoh, Mohd Afendi Daud & Junaidi Awang Besar (2016) menyatakan negara Afrika Selatan pada tahun 1948 hingga 1991 telah mengamalkan Dasar Apartheid, iaitu kaum kaum kulit hitam dianggap sebagai lebih rendah dan diberikan layanan kelas kedua dari segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan. Hal ini menyebabkan tiada perpaduan dalam negara tersebut dan wujud perbalahan antara rakyat yang menyebabkan kemusnahan di negara mereka. Oleh sebab itu, perpaduan antara rakyat amatlah penting dalam membentuk sesebuah negara yang maju.
Selain itu, perpaduan mampu meningkatkan imej negara. Apabila wujudnya perpaduan dalam sesebuah negara, negara tersebut akan dipandang tinggi oleh negara lain atas kestabilan dan keharmonian yang dimiliki.
Sebagai contoh, Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum mampu menjadi suri teladan kepada negara lain. Malaysia mempunyai beberapa kaum utama, iaitu Cina, Melayu dan India. Namun begitu, tidak wujud sebarang pergaduhan atau perbalahan antara ketiga-tiga kaum tersebut. Hal ini menjadikan Malaysia sebagai penanda aras kepada negara lain yang sedang membangun atas semangat perpaduan, kestabilan dan keharmonian antara masyarakat yang dimiliki. Walaupun Malaysia masih lagi tergolong di bawah negara yang sedang membangun, berbekalkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat, Malaysia tampil menjadi negara yang disegani dan dihormati olen negara maju yang lain.
Di samping itu, kepentingan perpaduan kaum dalam masyarakat juga dapat menarik kedatangan pelancong asing ke dalam negara. Satu daripada sumber ekonomi negara adalah melalui sektor pelancongan yang dapat menjanakan ekonomi di sesebuah negara. Asas perpaduan yang kukuh dan budaya yang unik, di samping kepelbagaian adat resam yang membentuk identiti sesebuah masyarakat dapat memikat hati pelancong untuk berkunjung.
Sebagai contoh, pelancong amat tertarik dengan kepelbagaian kaum di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum yang ada seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun dan lain-lain etnik yang mempunyai budaya, adat serta tradisi tersendiri yang dapat ditunjukkan kepada pelancong asing. Oleh itu, dapat dilihat bahawa perpaduan bukan sahaja dapat membentuk sebuah negara maju, malah dapat menarik kedatangan pelancong asing yang dapat memberikan keuntungan terhadap sesebuah negara.
Penutup
Kesimpulannya, banyak
Kelebihan yang diperoleh daripada bersatu padu antara kaum di
Malaysia. Jika kita melihat di negara lain, berlaku peperangan saudara di dalam negara mereka yang berlanjutan bertahun-tahun serta meragut ribuan malah jutaan nyawa yang tidak berdosa. Perpaduan yang kita bentuk akan menghasilkan keamanan. Di mana menjadi satu perkara yang diidam-idamkan oleh rakyat di negara yang kurang bernasib baik. Secara peribadi, saya berharap masyarakat kita menjadi lebih cakna dan bersikap sederhana dalam semua perkara seperti yang digalakkan oleh setiap agama.
Apabila kita bersederhana maka nilai hormat-
menghormati dan toleransi dapat diamalkan dan perpaduan akan kekal utuh. Ibarat peribahasa Melayu, gunung.
Kumpulan 4
T51SKE23F013(MUHAMAD AIZAT BIN MOHD ARIFFIN
T51SKE23F009(MUHAMMAD ADAM DANIEL BIN MOHD AZLAN
AMIRUL ADLI BIN ARIF
(T51SKE23F015)
MUHAMMAD AL IKHWAN BIN ALIAS
(T51SKE23F016)



Ulasan
Catat Ulasan